Blogger Widgets

Saturday, 20 October 2012

Waktu malam El

Malam kian di mengundang bulan. Bulan kian mengambang. Isshh! Susah nak beblog nieh. Busy sangat dengan shooting Sms yang menarik keluar rumah malam-malam,Kalau keluar dengan Artis tak apa ar..Lagi pun bila dah keluar malam,comfirm dekat-dekat jam 4 baru pulang,online FB dah kurang,online apa lagi eyy? Twit? dah lupa password.
 
   Dah-dah kita lupakan kat atas,El terasa sangat Kosong bak kata Najwa. Tak apa ar,tin Kosong kalau jual pun dapat duit juga kan? Otak ni suka pelbagai benda. Sampai tak tahu nak jawap soalan macam ni " el, kau suka buat apa malam-malam eyhh? " Susah nak jawap benda ni,tapi untuk pengetahuan Am semua. Waktu malam,kalau ada nampak El online FB maksud nya El kat rumah,kadang-kadang ja online kat luar rumah sambil melepak.

Dulu masa kecik-kecik El selalu di tahan dalam Penjara Rumah. Ini lah penyebab utama El selalu keluar rumah waktu malam,kami bukan kutu rayau yang rempit-rempit atas jalan Tar tu. Kami rempit atas Bumbung. Haa! menakjubkan kan?kan? Arhhh.. El cerita sikit apa yang menyebabkan El jarang keluar siang.

   Jika di kira-kira El ni bercita-cita nak berkulit putih macam budak Mat Salleh tu. Tapi tetap Juga macam Jalan Tar yang baru di Tar. ( hitam juga ) oO"  betul ke? hehe! tak ada lah. Coklat sikit + Putih sikit = Putih langsat. Wow! Menipu nya. Keluar siang-siang kena matahari ohh! Nanti hitam macam Seladang, tapi seladang rajin kalau di bandingkan dengan El memang banyak jurang. Dia rajin El malas,dia tak berbelog. El berbelog. Banyak kan jurang? Moto + kawan = Jalan habis satu Sibu.

   Sebab kedua El keluar malam,orang tak banyak sangat,so tak sesak nafas sangat ar keluar waktu malam ni. Cuma kita akan dilontar nama sebagai budak jahat kalau keluar malam. Betul ke? =.="   Suka hati mereka lah. Hak mereka. Hak kami hak bermain. Kalau siang orang banyak + kereta banyak = jalan sesak. So tak best jalan siang.

Sebab ketiga El keluar malam, Malam indah, ada bintang dan bulan * waktu mud malam bagus lah * Hati El tenang ja tatap mereka tu. Boleh layan jiwang di buat nya,tak tinggal lagu Pujaan hati tu. Sebab kat handphone lagu tu memang ada pun. Bintang + Bulan + Lagu jiwang = Layan lagu Jiwang.

   Ishh! Kalau keluar siang-siang mesti show kat dunia aku ada banyak kawan. Tu pasal lah El jarang keluar ke bandar siang-siang. Malam-malam kita sorang-sorang pun jadi. Kalau terserempak dengan kawan lain tanya tentang kawan yang lain senang ja nak jawap. " Dia tidor kot? " haa! senang kan? kalau siang-siang jawap macam tu siapa percaya? * macam nak panggang mee ja sedap ke tak nanti? *

Ikatan malam dengan El memang Rapat. Jahat-jahat El,El tak pernah pecah rumah orang,walaupun selalu keluar malam, apa yang El pernah laku kan dalam diam-diam ubi kentang waktu malam? El melepak,melepak,melepak,melepak dan melepak. Best kan? Kerja lepak ja. Pagi turun pergi sekolah. Ohh! Cuti tak lama lagi,maksud nya El ada dua pilihan. Kerja or Cuti Panjang. Pilih Cuti kot? malas nak kerja-kerja nieh. Dapat duit buang terus. Cuti + Online = Malas berpanjangan.

     Alaaa! dapat panggilan Dari Director ajak shooting cerita Aku sarjan Hacuhh! * bersin * Flu memang suka menyampuk hidup EL ni. Ishh! naik tiang rasa aku dibuat nya. Oh ya cerita Sarjan Hassan. Nak buat cara moden sikit,kawan kol kata Kalau Jadi esok buat Parody cerita tuu. KALAU JADI lah. Suka hati mereka lah. Ahaa! jangan hairan sangat kalau nampak ( something + something = Something ) bukan obses dengan Math.

   Satu benda. Kita jangan menilai orang dahulu,nilai diri sendiri dulu kan kan kan? baru tahu siapa budak jahat.Mak! mereka Cakap El jahat.! El tak jahat pun,El cuma minta gegula ja dari mereka. * nada manja tu *  Oh ya ! semua benda kat atas sekadar nak share kat depa semuo. Biar kenal El lebih dekat. Jangan dekat sangat,nanti terhimpit kat dinding pula El. Cian El dah la kecik species semut. Kalau kena himpit lebih kecik la El maksud nya.


Mat malam semua! El bakal rindu kat orang yang suka baca apa yang El tulis.


.................................................................................................................................

Rafael.

No comments:

Post a Comment