Sentiasa Bersatu dan Sentiasa Nakal.
Bersaksikan bulan aku ungkap kan naga di tepi mu itu. Cewah2.. Jiwang kan? kan? Di temankan Ayam Belanda malam itu. * cehh! merapu nyer * Hai semua? Apa khabar? sihat tak? ( jawap sendiri ) " Tak sihat la,tengah sakit baca apa kau tulis ni ". dah2 Jangan layan sangat,sebab... El tulis main Taip ja. Jumm! Baca benda kat bawah!
Fuhh! Cian dah B aku ni. Berdebu pula,Busy sikit kebelakangan yang di belakang ni. Haa! ni nak cerita tentang kawan-kawan di dalam kelas yang karenah tak pernah ada kesudahan nya. Sampai berapa kali Guru matapelajaran bertukar ganti akibat tak tahan sakit hati.
Kelas yang agak padat,45 orang dalam satu kelas. Banyak tak? Masa form 3,kami orang kelas yang berbeza. Dari A-G. A sampai G ada kat kelas ini ( 4A1 ) kelas El. Kelas kami telah di nobat sebagai Zoo. Betul ke? Ada Singa tak kat situ? ada Ular ke kat situ? Yang aku tahu,kengkawan aku ada ar. Kalau nak listkan nama. Fuhh! penat tau. Serba kekurangan pulak nak cerita,sebab tak ada simpan gambar kelas. Tak apa ar. Kalian baca sahaja benda dibawah.
Kita cerita dari kepala kelas ok?! ^^
Ketua tingkatan,seorang yang cool,macho lagi tu. Aku puji bukan sebab Gay tapi ini kenyataan. Dia seorang yang suka tutup mulut. ( sporting ar ) Kalau kelas berlaku kapal karam dia selalu derkk.. Bukan tak menjalankan tanggungjawap sebagai ketua tingkatan. Ar.. nanti ar cita.
P.Ketua tingkatan. Amoii oo.. Dia ni agak susah sikit,kalau dia ok mud,dia tak buat apa-apa tindakkan terhadap kami,tapi kalau mud dia tertinggal di dalam peti sejuk kat rumah dia,fuhh! Siap ar kami,esok pasti kena kaboom dengan Guru tingkatan.
Sekarang ni,EL nak cerita tentang Kru-kru/anak kelas 4A1 ( 4 Sastra 1 ) yang hensem setiap masa kerana rambut mesti bergaya Mengalah kan Jay Parkway. El dengan kengkawan selalu buat kecoh * bukan samseng sekolah tau *. Kecoh yang di maksud kan,merapu tak tentu pasal. Semua sekolah pasti ada pelajar macam kita orang ni. El petik dari sebuah kisah kelas EL. Dimana Satu geng keluar dari kelas akibat? tak siap kerja rumah. Cuma 3 orang je tak siap,mereka bertiga kena halau,El apa lagi join keluar kelas ar. Lepas tu? Yang lain turut serta,kami orang duduk luar kelas apa lagi kacau kelas lain ar.
Tuu ar dimaksud kan pelajar buat kecoh. Tak Rock sangat kan? Japp! masih ada cerita donggeng lagi ni. Pernah tak korang? Satu kelas terpaksa jalani hukuman lari satu sekolah? Kalau pernah macam mana rasa nya? malu tak? hehe! Maap! kami orang tak malu,orang dalam kelas tanya asal pusing sekolah. Jawapan " Kami nak belajar menghafal secara berlari " hehe! Banyak sangat songeh budak-budak macam kami ni. Kalau orang dari persatuan apa-apa je la,suruh orang persatuan mereka keluar sepasti nya mereka akan malu,akibat? kena " BoooOOO ". Tu pasal ar Ketua & P.ketua tingkatan tak dapat nak Kawal kelas,tegas-tegas mana dia orang. Arahan mereka macam debu angin kush.. kushh ja.
Tapi cerita sebenar bukan pasal tu. Kes duit kelas, hilang di sekolah El. Duit kelas Rm109.10 banyak gak tu,boleh beli top up/prepaid pakai bergayOt dengan makwe. Kelas El di wanted,kerana beberapa orang geng El yang suka sangat escape. Tau tak? Kelas kami orang kena cek dua kali,tadi sekali ( 5/10/2012 ) dan semalam ( 4/10/2012 ). Tadi kawan El kena tuduh mencuri duit tersebut. Ya memang kami orang berstatus sederhana,tapi ibu bapa kami tidak mengajar untuk mencuri duit orang. Bila nama dah Geng,makanan pun kami kongsi,makwe je tak bole kongsi.
Kami dah sepakat,kami akan cari budak yang mencuri duit tu,kami nak lanyak-lanyak dia dulu * acahh je,mana bole suka hati lanyak anak orang * Kami nak dia tolong bersih kan nama kelas yang dicemarkan ini. Kelas kami orang HAppy goodlucky tau? Semua benda kami sepakat. Cuma akan gaduh kalau Masuk Musim Hari sukan Sekolah. * baju kelas punya pasal *. Anyway,aku memang sayang kelas ni. Korang sporting gile ar! Kelas 4 the best. 1 2 3 kelas Sains ar yang best. Kami orang No ke 4 best bab kami tak pening2 belajar Semua sains punya barang.
Ok ar.. El pun tak tau mau taip-taip apa. Ni yang tertinggal kat otak,sebab El g war setiap hari,penat nyer angkat senapang. * Call of duty Modern War Face & Black Cop * Kepala asyik kena tembak loo.. Sampai kan salam El kepada semua Family korang. El tekan Clucth dan Masukkan gear Gosh-stunt *ui.. Standard eja * El undur diri dulu. * senyum sampai buaya berhenti kat jalan raya *
No comments:
Post a Comment