Blogger Widgets

Tuesday, 23 October 2012

Sentiasa merapu. ^^

Konnichiwa! O genki desu ka? Kebosanan hari ini yang ditemani hujan. Urghh! sejuk seperti dalam ice box. Sampai ke stokin kesejukkan tersebut dan telah menimbulkan idea yang merapu untuk menyapu blog dengan perkataan yang tak penting sangat.

Hujan yang indah,sejuk.. Mengantukkan. Memang sesuai masa untuk tidur. Sebelum tu. Nak naik layar sikit kat sini. Semua apa khabar? sihat tak,berapa kali nak tanya kan.?oO'  Bagus lah kalau sihat. El tak sangka El bakal masuk 17 tahun dalam masa 9 bulan macam tu ar. Maksud nya, Bau SPM dah dekat-dekat dengan El. Kenapa lah makin hari makin meningkat umur ni? Cuba lah kekal muda. El suka zaman kanak-kanak El, yang penuh di lindungi oleh ibu bapa, berbanding dengan sekarang memang lebih bebas ar. Ikut suka hati El saja nak pergi mana.

Itu bukan topic kita. Topik kita mengenai... ROJAK. Sebab,yang kat bawah nanti bakal bercampur aduk. ohh! Rojak memang Yum! Yum! kalau makan masa petang-petang yang ditambahkan dengan suasana pantai sementara menunggu matahari terbenam memang tak habis lah rojak tu. Waktu matahari terbenam memang sangat cantik. Kalah kecantikkan perempuan yang guna make up.

MENCURI/MENUDUH/PANAS BARAN.

El nak kisah kan sedikit akibat mencuri bawah umur & selalu mencuri. Seorang kawan anak buah EL di pukul agak teruk sampai keluar darah semalam. Kesian tau,12 tahun umur dia. Nama dia tak perlu tahu eyy? Bukan artis pun. Dia selalu buat kerja part time, seperti MENCURI.

Macam-macam dah barang dia sapu,El tahu dan puas dah El tegur tapi terpulang kat individu nak dengar ke tak? kan.. Semalam, dia telah di tuduh mencuri HP kawan El,HP kawan El hilang dan dia memang selalu pergi ke rumah jiran Sebelah rumah kawan EL.

Seorang mak cik telah MENUDUH kawan anak buah El tersebut. Mak cik tersebut berkata bahawa dia melihat Si budak 12 tahun tu mengambil HP tersebut. Tapi kan? Budak ni agak lurus, kalau dia mencuri kompom dia bagitahu kat El apa benda yang dia curi.

Memang.. Dia memang lurus,dalam ramai-ramai orang , dia agak takut dengan EL. Siapa lah yang mahu makan terajang El nieh yang sepak semut pun tak mati. Oh ya.! Dia di pukul kuat dengan Kawan El yang memang PANAS BARAN.

Luka teruk budak tu di buat nya. El sampai kat tempat kejadian memang terlewat sebab? Si budak 12 tahun dah kena dengan Helmet kawan El. Ganas kan cerita nih? Budak tu dah di bawa ke klinik siang tadi. Dan dah di jahit luka-luka kat kepala dia.

Pesan El.Tak kira lah kamu siapa,jaga area mana,orang mana,sekuat Hulk ke? Kita kena sabar. Bertanya dahulu,jangan terburu-buru.

Kalau Si budak 12 tahun tuu tak mencuri macam mana? kan free ja dia kena Tibai kau semalam? aku tak support budak tu. Aku tak backup dia. Sebab dia memang mencuri. Tapi hp kau tu? pasti ke dia yang curi? dia mana lah ada Hp? Kalau dia curi hp tu. Pasti dia dah pulang kan balik Hp tu masa kau tibai dia semalam.

Sakit nya hati El semalam lihat dia orang main tumbuk-tumbuk. Kalau lah budak tu mati semalam dan jadi kes polis El juga jadi mangsa untuk jadi saksi tempat kejadian. Ishh! tak tahu nak buat apa kan? baik dok dalam rumah dan makan Mr.potato. Kalau keluar masuk mahkamah kerana jadi saksi,memang menyusahkan. Sorry! El tak ada masa. Ahaha! masa El kena curi dengan genk-genk kat FB. O-O

 Haaa! jangan lah terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kalau sim tu,kita boleh amik balik No Hp kita tu kat central mereka. Toksah naik binggung eyy? Jumm! Kita minum Milo dulu!


     El rindu kat seseorang. Moga dia balas rindu EL. ^^  Poke El kat FB eyy? untuk bukti kan yang Saudari Rindu kat EL.

Sebelum El undur diri . El nak bagitau semua. Bye! makasihh ya? sudah membaca. ^^ Sayōnara....
 


No comments:

Post a Comment