Blogger Widgets

Wednesday, 24 October 2012

Cus we friend forever...

HAWAI....Cómo está todo(apa khabar) ?El guna Spanish kali nieh. Siapa tak kenal Siapa El yang suka merapu ni? kalau tak kenal pergi kat pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malasia. Mi nombre es Rafael Jemat de Malasia! >.<!  El belajar dari Google ni. Google memang cikgu yang the best lah. Harap bahasa El betul. 

El taksub sangat dengan Cherrybelle! Ini Ipop ( Indonesia PoP ) Jika orang tak suka dia orang,suka hati mereka . Janji El minat sangat-sangat kat dia orang. El kenal dia orang dari kazen! Jlana Nana.!
Realmente me gustan mucho! ( El memang minat sangat kat mereka ) Antara mereka sembilan orang El paling minat kat Auryn! Bagi El dia memang kiut! Kiut gegiler! Ishh! Kita minat ja ok? Tak menaruh harapan dapat amik dia ni jadi Isteri. Kita suka dia sebab kita minat. 

El ingat dia orang nieh Geng zaman Sekolah. Rupa nya tak.-.-'' Mereka semua uji bakat untuk jadi Chibi. ishh! El pun nak Buat uji bakat jugak untuk Thesekin BOy. Mpop! ( Malaysia POp ) mana lah tau dapat jadi comel-comel macam Chibi.
Ni lah sembilan orang tersebut.
Cherrybelle


Gambar Ryn ( Auryn )


Tengok kat mata dia,ella los ojos tan atractivas El tak tau apa maksud tu. Tapi apa yang El mau sampaikan Mata dia memang tajam sampai ke hati El. Tapi Makwe El yang El gilakan skank ni lagi ok.

Tapi Ini bukan topic kita.El saja-saja masukkan dia orang dalam Senarai cerita..

El merindui geng Kelas El. Ishh! kalau turun sekolah tak ada benda nak di buat. Buang duit papa jah. Bagus lagi dok dalam rumah dapat tidur. Dan free jah. Boleh online lagi. Tapi,kalau kat rumah memang boring sebab tak ada karenah bersama dengan Dia orang. tak apa lah. Tahun depan masih ada.

Oh! Tahun depan SPM. Sekarang dah takut El. Asal lah masuk Form 5. Habis Form 5, alam pekerjaan! Ishh! Tak suka ar................! Terpaksa terima kenyataan yang El bakal Tua.! Hilang Kiut kat muka El nieh! * menyampah betul *

Antara udang ada galah.
Air laut rasa masin.
Banyak orang banyak karenah,
Tapi tak semua supporting.

Apa punya budak sastra El ni? Pantun pun main Hantam. Kalau ada cikgu baca memang Gagal lah BM El nanti. Tengok ? Dah merapu sana sini. Nanti blog ni masuk topic Tasik China Selatan. El bakal Rindu tahun ni. Sama seperti Tahun-tahun yang lalu, Banyak sangat kenangan yang di buat. Rasa nak menitis kan air mata jah lihat Gambar bersama-sama genk form 1 2 3. Skank form 4 belum masuk form 5 lagi. El dah mula rindu tahun ni.

El habis kan kisah ini. Biar lah tergantung. Kang ternangis El nanti. Hehe! Ngada betul budak laki nieh. Lantak ar. El buat ni sambil lepak tau. Ehehe! Heyy! You all!
Echo mucho de menos a todos! Adiós.....
.
RAFAEL JEMAT.

Tuesday, 23 October 2012

Sentiasa merapu. ^^

Konnichiwa! O genki desu ka? Kebosanan hari ini yang ditemani hujan. Urghh! sejuk seperti dalam ice box. Sampai ke stokin kesejukkan tersebut dan telah menimbulkan idea yang merapu untuk menyapu blog dengan perkataan yang tak penting sangat.

Hujan yang indah,sejuk.. Mengantukkan. Memang sesuai masa untuk tidur. Sebelum tu. Nak naik layar sikit kat sini. Semua apa khabar? sihat tak,berapa kali nak tanya kan.?oO'  Bagus lah kalau sihat. El tak sangka El bakal masuk 17 tahun dalam masa 9 bulan macam tu ar. Maksud nya, Bau SPM dah dekat-dekat dengan El. Kenapa lah makin hari makin meningkat umur ni? Cuba lah kekal muda. El suka zaman kanak-kanak El, yang penuh di lindungi oleh ibu bapa, berbanding dengan sekarang memang lebih bebas ar. Ikut suka hati El saja nak pergi mana.

Itu bukan topic kita. Topik kita mengenai... ROJAK. Sebab,yang kat bawah nanti bakal bercampur aduk. ohh! Rojak memang Yum! Yum! kalau makan masa petang-petang yang ditambahkan dengan suasana pantai sementara menunggu matahari terbenam memang tak habis lah rojak tu. Waktu matahari terbenam memang sangat cantik. Kalah kecantikkan perempuan yang guna make up.

MENCURI/MENUDUH/PANAS BARAN.

El nak kisah kan sedikit akibat mencuri bawah umur & selalu mencuri. Seorang kawan anak buah EL di pukul agak teruk sampai keluar darah semalam. Kesian tau,12 tahun umur dia. Nama dia tak perlu tahu eyy? Bukan artis pun. Dia selalu buat kerja part time, seperti MENCURI.

Macam-macam dah barang dia sapu,El tahu dan puas dah El tegur tapi terpulang kat individu nak dengar ke tak? kan.. Semalam, dia telah di tuduh mencuri HP kawan El,HP kawan El hilang dan dia memang selalu pergi ke rumah jiran Sebelah rumah kawan EL.

Seorang mak cik telah MENUDUH kawan anak buah El tersebut. Mak cik tersebut berkata bahawa dia melihat Si budak 12 tahun tu mengambil HP tersebut. Tapi kan? Budak ni agak lurus, kalau dia mencuri kompom dia bagitahu kat El apa benda yang dia curi.

Memang.. Dia memang lurus,dalam ramai-ramai orang , dia agak takut dengan EL. Siapa lah yang mahu makan terajang El nieh yang sepak semut pun tak mati. Oh ya.! Dia di pukul kuat dengan Kawan El yang memang PANAS BARAN.

Luka teruk budak tu di buat nya. El sampai kat tempat kejadian memang terlewat sebab? Si budak 12 tahun dah kena dengan Helmet kawan El. Ganas kan cerita nih? Budak tu dah di bawa ke klinik siang tadi. Dan dah di jahit luka-luka kat kepala dia.

Pesan El.Tak kira lah kamu siapa,jaga area mana,orang mana,sekuat Hulk ke? Kita kena sabar. Bertanya dahulu,jangan terburu-buru.

Kalau Si budak 12 tahun tuu tak mencuri macam mana? kan free ja dia kena Tibai kau semalam? aku tak support budak tu. Aku tak backup dia. Sebab dia memang mencuri. Tapi hp kau tu? pasti ke dia yang curi? dia mana lah ada Hp? Kalau dia curi hp tu. Pasti dia dah pulang kan balik Hp tu masa kau tibai dia semalam.

Sakit nya hati El semalam lihat dia orang main tumbuk-tumbuk. Kalau lah budak tu mati semalam dan jadi kes polis El juga jadi mangsa untuk jadi saksi tempat kejadian. Ishh! tak tahu nak buat apa kan? baik dok dalam rumah dan makan Mr.potato. Kalau keluar masuk mahkamah kerana jadi saksi,memang menyusahkan. Sorry! El tak ada masa. Ahaha! masa El kena curi dengan genk-genk kat FB. O-O

 Haaa! jangan lah terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kalau sim tu,kita boleh amik balik No Hp kita tu kat central mereka. Toksah naik binggung eyy? Jumm! Kita minum Milo dulu!


     El rindu kat seseorang. Moga dia balas rindu EL. ^^  Poke El kat FB eyy? untuk bukti kan yang Saudari Rindu kat EL.

Sebelum El undur diri . El nak bagitau semua. Bye! makasihh ya? sudah membaca. ^^ Sayōnara....
 


Monday, 22 October 2012

Kempen Alam Berjalan



An nyong ha sye yo? <-- belajar sikit dari Wiki Korean. Korea kejap ja bab Bigbang ajak menari bersama dengan mereka kat Dataran Sibu Sarawak lagu Blue. Menipu ja Apa khabar semua? Sihat tak? El sentiasa sihat sekarang. Walaupun cuaca umpama salji salah hari turun before Christmas. Sejuk panas sejuk panas macam milo ais lak. Yumm! Yumm! Layan milo sebab nak show kat korang gambar kita orang jalan-jalan dengan niat Sayangi Halam Sekitar . Kita guna basikal Biasa ja. Fixie tinggi lampai macam udang Galah. Tak mampu El kayuh! oO"

Yah! Tentang Fixie. Fixie kiut & stylish! Tapi asal tinggi sangat? El tak dapat guna lah. Ishh! tak dapat Guna Race masuk Olimm Piki. So guna basikal kontot biasa ja, anak buah punya, El punya basikal dah lama masuk keranda sebab dah ada moto. Moto ni tak bagus sangat digunakan setiap kali keluar rumah. Dua kesan nya ialah. Pocket money .. Ke money Pocket.. Ishh! Langgar ja la, Duit saku habis guna beli minyak, satu lagi. Untuk alam sekitar yang hampir musnah macam dunia sekarang ni mencemar sikit dengan asap yang berwarna Hitam. -,- apa ni? ceramah kejap.. Asal pekat sangat Milo nieh? " pak cik? kenapa Ais milo ni pekat sangat? ada campur susu ke? Atau campur Coke? " merapu ja.

* tampar pala El jap,jangan kuat sangat.Kalau tak tampar nanti tak di cerita lak apa yang di kempen kan Semalam *

     Jumm! Kita mula dengan minta maaf kat pak cik-pak cik yang kehilangan sesuatu kat tempat kerja beberapa jam semalam. El mencuri satu papan yang terpacak kat tepi jalan raya. Bersyukur nya,masih indah rupa nya tempat El selalu pergi dulu.Cuma dah di tambah jalan raya yang Halus macam Jalan Tar. oO" "tak sama maksud ke? " Bahaya nya jalan ni sekarang. Budak-budak guna race-race moto. Apa ka jadah nya. Masuk la pertandingan yang Halal di sisi akta undang-undang Jalan raya.

    Suka hati mereka lah. Hidup orang kita tak boleh nak ganggu sangat. Nanti orang ingat kita skodeng/skodenk kain dia orang. Ishh! El tak gatal sampai gitu la. Biar muka tak encem macam Siapa yang Encem ada ku kesah? yang penting aku tetap RAFAEL .

Dah la lagi,makin jauh terpesong hampir-hampir masuk ke Tasik China Selatan topic nieh. Bawah ni ada la sikit Gambar kita orang bawa Sign ********* secret sikit. ehehe! Kami bukan curi. Kami dah hantar balik dah benda nieh. Kalau jual tak ada guna pong. Bukan dapat untung banyak.

Gambar ni di ambil semasa berkayuh ada blurr sikit sorry!




 Ni haa.. Yang di maksud kan.








Nahh! Semua sudah di papar kan. Oh ya! El terpaksa gantung ayat El. Terus masuk perkataan bye. hehe! Da benda belum di selesaikan nieh. Mau jejalan jap. ^^


An nyong hi - ka sye yo * betul ke nieh? * tak apa nanti tuisyen kat Andy . bye semua.

Saturday, 20 October 2012

Waktu malam El

Malam kian di mengundang bulan. Bulan kian mengambang. Isshh! Susah nak beblog nieh. Busy sangat dengan shooting Sms yang menarik keluar rumah malam-malam,Kalau keluar dengan Artis tak apa ar..Lagi pun bila dah keluar malam,comfirm dekat-dekat jam 4 baru pulang,online FB dah kurang,online apa lagi eyy? Twit? dah lupa password.
 
   Dah-dah kita lupakan kat atas,El terasa sangat Kosong bak kata Najwa. Tak apa ar,tin Kosong kalau jual pun dapat duit juga kan? Otak ni suka pelbagai benda. Sampai tak tahu nak jawap soalan macam ni " el, kau suka buat apa malam-malam eyhh? " Susah nak jawap benda ni,tapi untuk pengetahuan Am semua. Waktu malam,kalau ada nampak El online FB maksud nya El kat rumah,kadang-kadang ja online kat luar rumah sambil melepak.

Dulu masa kecik-kecik El selalu di tahan dalam Penjara Rumah. Ini lah penyebab utama El selalu keluar rumah waktu malam,kami bukan kutu rayau yang rempit-rempit atas jalan Tar tu. Kami rempit atas Bumbung. Haa! menakjubkan kan?kan? Arhhh.. El cerita sikit apa yang menyebabkan El jarang keluar siang.

   Jika di kira-kira El ni bercita-cita nak berkulit putih macam budak Mat Salleh tu. Tapi tetap Juga macam Jalan Tar yang baru di Tar. ( hitam juga ) oO"  betul ke? hehe! tak ada lah. Coklat sikit + Putih sikit = Putih langsat. Wow! Menipu nya. Keluar siang-siang kena matahari ohh! Nanti hitam macam Seladang, tapi seladang rajin kalau di bandingkan dengan El memang banyak jurang. Dia rajin El malas,dia tak berbelog. El berbelog. Banyak kan jurang? Moto + kawan = Jalan habis satu Sibu.

   Sebab kedua El keluar malam,orang tak banyak sangat,so tak sesak nafas sangat ar keluar waktu malam ni. Cuma kita akan dilontar nama sebagai budak jahat kalau keluar malam. Betul ke? =.="   Suka hati mereka lah. Hak mereka. Hak kami hak bermain. Kalau siang orang banyak + kereta banyak = jalan sesak. So tak best jalan siang.

Sebab ketiga El keluar malam, Malam indah, ada bintang dan bulan * waktu mud malam bagus lah * Hati El tenang ja tatap mereka tu. Boleh layan jiwang di buat nya,tak tinggal lagu Pujaan hati tu. Sebab kat handphone lagu tu memang ada pun. Bintang + Bulan + Lagu jiwang = Layan lagu Jiwang.

   Ishh! Kalau keluar siang-siang mesti show kat dunia aku ada banyak kawan. Tu pasal lah El jarang keluar ke bandar siang-siang. Malam-malam kita sorang-sorang pun jadi. Kalau terserempak dengan kawan lain tanya tentang kawan yang lain senang ja nak jawap. " Dia tidor kot? " haa! senang kan? kalau siang-siang jawap macam tu siapa percaya? * macam nak panggang mee ja sedap ke tak nanti? *

Ikatan malam dengan El memang Rapat. Jahat-jahat El,El tak pernah pecah rumah orang,walaupun selalu keluar malam, apa yang El pernah laku kan dalam diam-diam ubi kentang waktu malam? El melepak,melepak,melepak,melepak dan melepak. Best kan? Kerja lepak ja. Pagi turun pergi sekolah. Ohh! Cuti tak lama lagi,maksud nya El ada dua pilihan. Kerja or Cuti Panjang. Pilih Cuti kot? malas nak kerja-kerja nieh. Dapat duit buang terus. Cuti + Online = Malas berpanjangan.

     Alaaa! dapat panggilan Dari Director ajak shooting cerita Aku sarjan Hacuhh! * bersin * Flu memang suka menyampuk hidup EL ni. Ishh! naik tiang rasa aku dibuat nya. Oh ya cerita Sarjan Hassan. Nak buat cara moden sikit,kawan kol kata Kalau Jadi esok buat Parody cerita tuu. KALAU JADI lah. Suka hati mereka lah. Ahaa! jangan hairan sangat kalau nampak ( something + something = Something ) bukan obses dengan Math.

   Satu benda. Kita jangan menilai orang dahulu,nilai diri sendiri dulu kan kan kan? baru tahu siapa budak jahat.Mak! mereka Cakap El jahat.! El tak jahat pun,El cuma minta gegula ja dari mereka. * nada manja tu *  Oh ya ! semua benda kat atas sekadar nak share kat depa semuo. Biar kenal El lebih dekat. Jangan dekat sangat,nanti terhimpit kat dinding pula El. Cian El dah la kecik species semut. Kalau kena himpit lebih kecik la El maksud nya.


Mat malam semua! El bakal rindu kat orang yang suka baca apa yang El tulis.


.................................................................................................................................

Rafael.

Friday, 19 October 2012

Im Not GAy!

Hai semua! Moga Sihat macam Pokok yang subur akar nya.*tak ada kena mengena langsung pun* Korang semua Sihat tak? Kalau tak sihat pergi Farmasi beli ubat.  * Bukan sumpah kau orang sa...... Kit tau.! *

    Umm! Benda yang menyakit kan hati dan melucukan sedikit. Tentang El. Nanti-nanti ar cerita. Sekarang ni nak bagitau sesuatu kat awak semua. El telah di nobat sebagai Datuk dari anak sebelah kazen. Wow! awesome nya,muda-muda dah jadi datuk. Bila tua nanti moyang la nama nya. El datuk yang kurang boleh diharap kan. Masa sihh..! cucu nya sendiri ngak di jenguk! * tampa pala sikit * haa! baru sedar. Dah share something kat U semua. Ahaha! Jumm! masuk topic sebenar.  ^^



Ni haaa! Entah minah mana tanya kat kazen El Jlana Nana. El ni GAY ke x?? Wow! Pertanyaan yang bagus sebenar nya.. Cuba lah lain kali straight terus tanya kat El. El? memang mulut mengalah kan perempuan. * skli skla ja* Tapi tak bermakna Kalian boleh Judge El dari Cover ja? oii! Kalau El gay.. Maksud nya,El tak menikmati kehidupan seorang lelaki yang bercinta dengan Wanita.

El ni tak tahu nak bagitau kat dia,tu sal la tulis kat blog.. Nanti dia sendiri tau baca,El buat umum2 macam ni sengaja ja,blog ni pun macam Rumah terbiar dalam hutan.ishh kau orang ni. Kemana El nak Lontar makwe tercinta El tuu? Kalau El gay? Kalau Gay yang bermaksud happy tuu? tuu memang El. Kalau Gay yang bermaksud HomeSex tuu? Im sorry! You were Wrong. ^^

     Ishh! GAY? Kerana gambar El mengada? tuu kazen punya idea. Kita ikut ja. Ahaha! Yang di status kan kat FB? Tuu? Kadang2 main reka2 ja. Twit? Tak pernah sekali pun El Twit. :P  Issh! lantak kau orang la lepas ni kalau asyik kata melontar gula-gula kat El cakap El gay! Naik sampan sendiri kayuh,harap kan orang sorry! Orang ada saaaam sampan sendiri.


* * *


Kepada yang bakal menduduki SPM tahun ini.
El nak bagitau sesuatu. Ni petua nak tackle hati pengawas & Pemeriksa kertas kau orang nanti.
 
1. Kau orang mesti jaga kelakuan * dapat la sikit2 senyum dari mereka
2. Kau orang mesti tulis dengan segala keikhlasan * biar orang tahu kita tak malas
3. Kalau paper susah sangat * bek tulis nota kat tepi. ( kepada pemeriksa yang lagi bijaksana. Saya tidak tahu jawapan soalan ini,kerana saya baru menduduki SPM buat kali pertama dan terakhir. Saya harap Pemeriksa kasihani kan saya. ^^

4: Jangan Ikut langsung apa yang El cakap kat atas tu! tak ada makna langsung betul.


       Ishh! El nak Ucap semoga berjaya buat abang kakak dan Sayang ( MT )! yang bakal menduduki SPM tak lama lagi. Tak Kan belum ready? 5 tahun dah kat sekolah menengah benda yang sama ja di tatap,iaitu papan tulis. Putih lagi kiut. Lepas ni kau orang akan berpisah,so no more Bestfriend. Tak caya? tanya orang yang sudah menjalani kehidupan terbiar dari kasih sayang seorang Teman Rapat nya sendiri.. Ohhhh! Tidak Bisa. Tidak Bisa. * Sule Stail * 

*Andy obses dengan Korea. El Dengan Indon, Jlana entah dia kat posisi mana,rasa nya dua-dua pihak. ( saja-saja untuk pengetahuan Am semua )

Kepada lepasan PMR.

     Oh ya,sebelum menghabiskan setiap ayat yang belum sempurna..... El ingin mengucapkan syabas kepada Adik-adik PMR yang baru dah bebas Dari cengkaman PMR dan mereka akan di nobat Merdeka untuk beberapa bulan. Tahun depan bukan HONEYMOON adik-adik oii! Tahun depan kau semua mesti kejar ilmu,guna masa perang SPM kau orang nanti. Jangan cuba untuk ponteng kelas Cikgu. Menyesal nanti.......... INGAT TUU....Kalau layan FB tu? Jangan 24jam.
  


Ayat aku di habiskan dengan selamat tinggal semua. El tulis sampai sini,mana boleh panjang sangat,El sendiri malas nak baca nanti. Bye semua! Moga-moga kekal cantik dan Hensem selalu.


DO NOT TRY TO BE CUTE! Cause you Always Cute's as Neko! ^^

Friday, 5 October 2012

Sentiasa Bersatu dan Sentiasa Nakal.

    Bersaksikan bulan aku ungkap kan naga di tepi mu itu. Cewah2.. Jiwang kan? kan? Di temankan Ayam Belanda malam itu. * cehh! merapu nyer * Hai semua? Apa khabar? sihat tak? ( jawap sendiri ) " Tak sihat la,tengah sakit baca apa kau tulis ni ". dah2 Jangan layan sangat,sebab... El tulis main Taip ja. Jumm! Baca benda kat bawah!
       Fuhh! Cian dah B aku ni. Berdebu pula,Busy sikit kebelakangan yang di belakang ni. Haa! ni nak cerita tentang kawan-kawan di dalam kelas yang karenah tak pernah ada kesudahan nya. Sampai berapa kali Guru matapelajaran bertukar ganti akibat tak tahan sakit hati.

    Kelas yang agak padat,45 orang dalam satu kelas. Banyak tak? Masa form 3,kami orang kelas yang berbeza. Dari A-G. A sampai G ada kat kelas ini ( 4A1 ) kelas El. Kelas kami telah di nobat sebagai Zoo. Betul ke? Ada Singa tak kat situ? ada Ular ke kat situ? Yang aku tahu,kengkawan aku ada ar. Kalau nak listkan nama. Fuhh! penat tau. Serba kekurangan pulak nak cerita,sebab tak ada simpan gambar kelas. Tak apa ar. Kalian baca sahaja benda dibawah.

    Kita cerita dari kepala kelas ok?! ^^

    Ketua tingkatan,seorang yang cool,macho lagi tu. Aku puji bukan sebab Gay tapi ini kenyataan. Dia seorang yang suka tutup mulut. ( sporting ar ) Kalau kelas berlaku kapal karam dia selalu derkk.. Bukan tak menjalankan tanggungjawap sebagai ketua tingkatan. Ar.. nanti ar cita.
    P.Ketua tingkatan. Amoii oo.. Dia ni agak susah sikit,kalau dia ok mud,dia tak buat apa-apa tindakkan terhadap kami,tapi kalau mud dia tertinggal di dalam peti sejuk kat rumah dia,fuhh! Siap ar kami,esok pasti kena kaboom dengan Guru tingkatan.
    Sekarang ni,EL nak cerita tentang Kru-kru/anak kelas 4A1 ( 4 Sastra 1 ) yang hensem setiap masa kerana rambut mesti bergaya Mengalah kan Jay Parkway. El dengan kengkawan selalu buat kecoh * bukan samseng sekolah tau *. Kecoh yang di maksud kan,merapu tak tentu pasal. Semua sekolah pasti ada pelajar macam kita orang ni. El petik dari sebuah kisah kelas EL. Dimana Satu geng keluar dari kelas akibat? tak siap kerja rumah. Cuma 3 orang je tak siap,mereka bertiga kena halau,El apa lagi join keluar kelas ar. Lepas tu? Yang lain turut serta,kami orang duduk luar kelas apa lagi kacau kelas lain ar.

Tuu ar dimaksud kan pelajar buat kecoh. Tak Rock sangat kan? Japp! masih ada cerita donggeng lagi ni. Pernah tak korang? Satu kelas terpaksa jalani hukuman lari satu sekolah? Kalau pernah macam mana rasa nya? malu tak? hehe! Maap! kami orang tak malu,orang dalam kelas tanya asal pusing sekolah. Jawapan " Kami nak belajar menghafal secara berlari " hehe! Banyak sangat songeh budak-budak macam kami ni. Kalau orang dari persatuan apa-apa je la,suruh orang persatuan mereka keluar sepasti nya mereka akan malu,akibat? kena " BoooOOO ". Tu pasal ar Ketua & P.ketua tingkatan tak dapat nak Kawal kelas,tegas-tegas mana dia orang. Arahan mereka macam debu angin kush.. kushh ja.
 
  Tapi cerita sebenar bukan pasal tu. Kes duit kelas, hilang di sekolah El.  Duit kelas Rm109.10 banyak gak tu,boleh beli top up/prepaid pakai bergayOt dengan makwe. Kelas El di wanted,kerana beberapa orang geng El yang suka sangat escape. Tau tak? Kelas kami orang kena cek dua kali,tadi sekali ( 5/10/2012 ) dan semalam ( 4/10/2012 ). Tadi kawan El kena tuduh mencuri duit tersebut. Ya memang kami orang berstatus sederhana,tapi ibu bapa kami tidak mengajar untuk mencuri duit orang. Bila nama dah Geng,makanan pun kami kongsi,makwe je tak bole kongsi.
   Kami dah sepakat,kami akan cari budak yang mencuri duit tu,kami nak lanyak-lanyak dia dulu * acahh je,mana bole suka hati lanyak anak orang * Kami nak dia tolong bersih kan nama kelas yang dicemarkan ini. Kelas kami orang HAppy goodlucky tau? Semua benda kami sepakat. Cuma akan gaduh kalau Masuk Musim Hari sukan Sekolah. * baju kelas punya pasal *. Anyway,aku memang sayang kelas ni. Korang sporting gile ar! Kelas 4 the best. 1 2 3 kelas Sains ar yang best. Kami orang No ke 4 best bab kami tak pening2 belajar Semua sains punya barang.

    Ok ar.. El pun tak tau mau taip-taip apa. Ni yang tertinggal kat otak,sebab El g war setiap hari,penat nyer angkat senapang. * Call of duty Modern War Face & Black Cop * Kepala asyik kena tembak loo.. Sampai kan salam El kepada semua Family korang. El tekan Clucth dan Masukkan gear Gosh-stunt *ui.. Standard eja * El undur diri dulu. * senyum sampai buaya berhenti kat jalan raya *