Blogger Widgets

Friday, 21 September 2012

Cerita je.

Kawan otak no 2 ku.

       Yang bakal saudara/saudari baca di bawah nanti adalah cerita rekaan semata-mata. El saja-saja buat cerita ni,sebab nak letak sikit kisah hidup El dalam Persahabatan & Cinta. Sebelum itu,tak kan nak lupa tanya hari kalian semua kan? ehehe!  Harap semua sihat-sihat belaka,El buat ni penuh serius tau.

      Ini lah kisah Max II dan Monica. Saat pertama kali berpandangan muka di sebuah Restaurant Jepun di Malaysia. Monica ialah pelayan di Restaurant Jepun, di saat itu Max ingin menyambut Tahun baru bersama dengan beberapa orang temannya, Iaitu Kenny,Will,Hiroshita,Venny & Al Wabih. Mereka telah berkawan saat pertama kali menjejak kaki di Universiti. Monica seorang gadis Jepun yang tinggal di Amerika selepas keluarga beliau memulakan perniagaan di situ, cantik nya Monica tidak terkata,seperti melihat Cantik nya laut. Max cuma membayangkan jika dia mampu memiliki hati Monica alangkah Indah nya dunia buat Max.

     Lelah di hati Kengkawan Max,melihat Max seperti bulan yang merindui bintang. Hiro telah memberi satu cadangan kepada Max,untuk mendapatkan apa yang mahu di hati, cadangan Hiro,Hiro akan menyambut ulang tahun nya di restaurant itu sekali lagi,dan akan mencatar semua meja di restaurant itu,restaurant yang sesunyi gua, dengan alunan lagu yang menenangkan jiwa seperti air terjun.

     O
rang yang sedang kemaruk dalam asmara cuma menghayal di lamunan sendiri, Setiba nya hari itu, Max dengan teman-teman nya menyambut ulang tahun Hiro. Hiro telah meminta pertolongan dari Monica untuk mencapai hajat nya pada hari lahir nya itu,iaitu Max dengan Monica haruslah main satu permainan di mana pasangan itu harus berkenalan. Max tersenyum luas seluas padang bola sepak. Alangkah hebat nya langkah seorang kawan itu menolong dia untuk mengenali Monica. Monica terpaksa akur dengan pemintaan Hiro itu. Bermula di detik itu, MAax dengan Monica selalu bersama-sama.

     Venny ialah seorang wanita Amerika yang menyukai Max secara diam-diam. Max tidak mengetahui akan benda itu
. Di saat mana Max dengan Monica sedang bersama-sama di pusat membeli belah. Venny melihat Max dengan
Monica sedang bersama,alangkah sakit nya hati bagai kan di cucuk duri. Dengan tindakkan bodoh dan terburu-buru. Venny meluru ke arah Max,dan mengatakkan bahawa beliau menyukai Max di hadapan Monica. Monica hanya tersenyum,dan Max pelik dengan kawan nya ini? sebelum ini dia tidak meluahkan sedangkan hampir setiap masa bersama. Max mahu menyelesaikan masalah yang merumitkan ini,dengan meminta kedua-dua wanita itu pulang ke rumah masing-masing. Lalu, Max menghubungi 4 orang teman nya dan meminta mereka ke rumah Max.

   
Esok tiba,setelah semalaman bercerita apa yang terjadi dan mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Max dengan Monica tidak menjalin kan hubungan dalam percintaan namun sebagai seoorang teman. Walaupun cantik sebagai mana Monica. Max telah menerima cinta dari seorang teman yang hampir menjadi Mahasiswi sama seperti Max yang mahu menjadi Mahasiswa.

   
Untuk kesimpulan kisah ini,kita jangan mengejar sesuatu yang tidak mungkin dapat kita miliki. Yang ada di hadapan kita cukup,walaupun kita tidak dapat memenuhi kehendak hati,terimalah apa yang ada,dan bantu lah setakat yang mampu. Jangan tinggal kan sahabat melayang seperti layang-layang yang tiada arah tuju.

I LOVE U!


Iklas dari El!


RAFAEL J

    Amacam? ok tak? ahaha! pendek je kan? kalau panjang-panjang siapa nak baca? susah bagi yang bukan ulat buku, anda di benar kan untuk mengeritik dan memperbetulkan ayat yang salah dieja. ahaha! Ataupun kisah yang tidak begitu logik ini. Bukan senang untuk menyintai,namun bagus untuk membahagiakan. Akhir kisah ini? Max dan Venny kahwin. Amin! halal hubungan mereka. Monica? Dia tetap di situ,menjadi pelayan di Restaurant Jepun tetapi ditemani oleh Hiro. Will,Kenny & AL Wabih berada di setiap pelosok dunia Bekerja.

    Akhir ya! tercapai cita-cita El mau update Blog ni. Ahaha! best tak cita kat atas?kalau tak best lantak ar.. :P  tak kesah pong. Oh ya? Sesiapa yang mengenali Melissa Francis,beliau akan membuat persembahan di Sibu pada 23/9/2012 kalau tak  salah dekat Dataran Sibu,Sarawak. Yang berminat,boleh datang ok? Kalau peminat setia? datang ar dari jauh tuu..

Sekian dari EL..


No comments:

Post a Comment