Blogger Widgets

Thursday, 18 April 2013

Back to BLOG

Lama dah tak Ber Blog

Hai semua apa kabo? Sihat tak, EL rindu korang semua!!
Lama dah tak merapu kat Blog nih
.
Selepas El di botak kan haritu,El terus lesap dari Dunia BLOG.
Akcemen! Beberapa minggu yang lepas El dapat minggu yang awesome tau.


Join Tournament Taekwondo,baru ja berapa minggu yang lalu.
EL kalah! :C
Mana tak kalah? lawan Black belt.!
HEE! mentang-mentang la STATE JUNIOR SENIOR!


Exam haritu? semua la gagal! urghh!  BM pun gagal.


Ohya? El tak tahu nak cer apa dengan korang.
Saja-saja ni update BLOG.
Lagipun BLOG EL dah berdebu sangat.
*Amik penyapu lidi - sapu laptop*



Guna moto tak berhelmet,
   Lalu JPJ,pala kecut.
El lumba tak pakai helmet,
   JPJ kejar terus saman.



*MOGA-MOGA SPM TAHUN NI LULUS CEMERLANG! YES!



BM pun tunggang langgang. haha! ada hati nak Lulus cemerlang................
 

Sebelum undur diri.. EL nak kata Lagi! EL miz korang! Miss sangat-sangat!
Lepas rambut EL panjang balik,EL share gambar EL keyh!



RAFAEL


 

Monday, 5 November 2012

Hari Ini. ****

Kon'nichiwa Japan! Annyeonghaseyo Korea! Hai Malaysia. Hello People.! El happy sesangat entah kenapa mungkin papa kasi gegula tadi kot? -.-'  Sebenar nya,El happy El banyak berjalan sorang diri tenghari ni tadi. Best sangat ar.. El dapat buat kerja amal sikit tadi.

Sambil-sambil tuu layan sikit lagu si cantik 2NE I'am the BEst! Kau kasi ku cilaka. -.-'  lagu yang korang korang korang korang dengar sekarang ni ialah lagu Cinderela betul ke ejaan tu? o.O'  Kenapa mesti lagu itu? bukan sebab minat. tapi lagu tu rancak,nanti kalau El letak lagu screamo kompom sorang pun tak sudi baca Setiap entry akan datang.

Asyik-asyik lupa tanya khabar korang. Sorry! El syok sangat hadap Muka buku Geo,Sej. * Macam lah nak SPM * Lapar nya rasa perut tengok gambar Chezy 7. Lanyak tuu sorang-sorang memang best ar. Kenyang yang tak mungkin habis dalam 48772 bulan. Berapa tahun lama nya. *MENIPU* cek2 kejap lagi lapar balik.


El tadi amik salah satu gambar Hotel yang amat Famous kat Sarawak tak tau lah negeri lain.
Hotel yang di beri tarat ***** bintang, entah berapa bintang yang pasti hotel ni merata tempat dalam Sarawak.
Hotel yang di maksud kan HOTEL RAJA KAYU
Kalau translet ke bahasa Mat Sengeh.
"HOTEL KINGWOOD"
Keadaan dalam hotel tu El belum amik lagi,hanya mampu amik bahagian Luar ja.



Hotel ni di bina tepi Sg.Rajang
Suasana MalamCantik ar...!

Lupa bagitau. Tu bukan topic kita. Yang El nak cerita time El tunggu bas,dekat bas stop.

El malas nak pergi ke stesen besar Bas-bas. So El tunggu kat bas stop yang berdekatan. Oh ya! El baru pulang minta kerja,tak dapat kerja pun. Apa yang orang cakap kat El,El berbadan kecik. *Fuhh! Walau badan kecik mungkin El lebih Rajin dari yang dah besar-besar yang malas nak pergi kerja.* sambung cerita balik -.-" Datang 3 orang. Mereka nak pau El. Tapi mereka tak dapat ( Wah! macam movie XMAN ) El lanyak-lanyak dia orang. _oo_ menipu! Baca balik datang 3 orang budak kecik bawa muka kiut dia orang. Minta duit kat El.

Oh god! El tersendu! Sorang budak kecik lelaki,2 orang perempuan. Dah la 33 tak ada gigi. Yang lelaki tu datang dekat dengan El dan Acu kan pistol mainan! FUHH! memang macam kena rompak la El tadi,berpeluh muka El macam hantu Air. *menipu lagi* FuhH! memang lucu ar. El amik duit dalam wallet dan kasi duit yang El ada,El cuma simpan duit guna balik ke rumah yang saki baki duit El,El bagi kat mereka.

Tersenyum lebar El,masa dia orang chow. Ahaha! budak tu bila dah jauh dia lambai El! MAk! Kiut betui muka dia! El berharap jumpa dia lagi di masa akan datang. El akan cuba bantu dia agar dia tak perlu mengemis begitu .

Lupa lak tanya dia orang tadi mak bapak dia orang mana. Ni lah akibat cepat murah hati dengan orang akhir nya sendiri lupa tanya tentang budak tu. O_O,,

UmM! Ayam pansuh! Wangi nya! papa memang pandai tarik perhatian El supaya tak tatap FB,UTUBE,PIII TWiTT! Dan blog nieh! Hidung yang tersumbat tak tersumbat lagi memang wangi ar.! sayang korang tak dapat cium bau yang El sedang hidu sekarang!

Oh ya! sorry! cerita El macam tergantung ja.

Lepas dia orang pergi El pun naik bas dan pulang. ^^

El pergi dulu ya?

Sayōnara!

RAFAEL

Saturday, 3 November 2012

Sahabat paling penting:')

Kon'nichiwa! Ini lah perbezaan antara El dengan Si Andy . Dia selalu guna Korea, El guna Japan. Tapi yang pasti idea dia lebih banyak melimpah dari El. El tak pandai kasi tips apa pun. Si Jlana pula hebat juga dia ni,setiap kawan ada kelebihan tu pasai la El makin mengada mengupdate Blog.

Beruntung nya sebab semakin rajin mengupdate BLOG nak tau kenapa? Kerja duduk dalam rumah goyang kaki. Tak penat pun,makan ja lebih badan macam papan juga. Lupa pula tanya,awak semua apa khabar? Sihat tak? Kalau sihat bagus lah tu. El dah di serang FLU! * oh rojak *

2 hari yang lepas masa hujan lebat sangat kat bandar SIbu El dengan Niat nakal Main hujan. Kayuh basikal anak Buah El dan kami orang konvoi lawan hujan tanpa guna Baju! WOW! seksa nya! Jangan bayang kan. Tak ada makna hensem lepas buka baju,dah la macam papan senipis 1cm tebal 1 inci -.-'

Dah! Kita masuk topic hari ini. El nak share sedikit kisah-kisah kami berkawan,cara kami bergaul dan persahabatan kami sekarang.

Dulu semasa kami belum mengenal arti Motosikal semua menggunakan Basikal memang awesome persahabatan kami,sekarang lantak ar. Kenal arti Kereta Api ke? Kenal arti LRT ke? yang penting kawan jangan di belakang kan.

Cewahh! Best juga taip entry sambil minum Kopi panas ni,terbeliak biji mata. Buat muka kiut dulu ar. o.O' Esok lusa tahun depan Upload masuk FB. Kawan yang kita kata kita kenal dia dari kecik memang senang berubah bila dia rasa dia senang sikit dan dapat kawan yang senang seperti dia.

Maksud nya? El punya seorang teman,yang berkawan dari 5 tahun sampai sekarang masih sebumbung kelas. Kalau di kira  berapa tahun sudah berkawan dalam 6 tahun dah berkawan. 6 tahun tu dulu memang indah di banding dengan sekarang tak ada makna lagi BFF ( Best Friend FOR NEVER) tuu.

Pandang El pun sebelah mata jah. Mentang-mentang bergaul dengan budak TAIKO. Mereka naik minyak,ishh! banding dengan minyak Petrol,Minyak Sawit lebih berguna -.-' tak ada kena mengena pon. Memang kawan amat penting,banding dengan makwe,makwe esok lusa mereka bakal tinggal kan kita dan tak mungkin akan berpatah balik.

Kalau si kawan ni apa apa pun jadi suatu hari dia pasti akan kembali mencari teman sepermainan dia dulu. Memang ar sekarang hidup senang ada group backup apa ni? kata tadi mau jadi TAIKO? harus ke bawa 102349872934792742 juta orang backup kat belakang? Tak ada makna lagi TAIKO kat kau kawan.

Aku mahu kau sedar yang kau buang sekarang tak pernah ajak kau lumba sana sini,buat kacau jalan raya. El bukan tak ada moto ada tapi buat apa guna nya menempah maut di Jalan Tar? dapat gelaran Raja Tar tak ada guna beb! Satu dunia tak kenal kau,nak orang kenal kau Raja Tar? masuk cuprix! Menang dan kalah kan Rossi. Wahh! best nyer! bawa moto besar. o.O'

Please pause the song first. *SILENT MOMENT*

 Masih kah kau ingat saat itu?
Dimana kita bersama-sama ke sekolah.
Masih kah kau ingat saat itu?
Dimana kita bersama-sama pulang ke rumah.
Ingat kah engkau aku sekarang?
Yang mana bersama kau masa duka.
Ingat kah engkau aku sekarang?
Yang mana kau di sana bahagia bersama orang lain.

Aku mengeluh sahabat kerana engkau sentiasa bersama aku dimana waktu-waktu kenangan manis kita lakukan. Aku masih ingat ketika Tahun 6 kita berdua sama-sama di hukum lari padang kerana menganggu seorang budak perempuan,Aku masih ingat ketika kita berdua mencuri kelapa Cina yang di tepi-tepi jalan itu sehingga kita berdua di kejar orang, Aku masih ingat ketika kita wakil sukan Hoki dan ke bandar Kuching kita berdua di letakkan di bilik yang sama dimana hanya kita berdua dan Seorang Cikgu,kita berdua tidak bersemak macam orang yang lain mereka yang lain tidur bersempit namun,kita berdua sama-sama merasai kesenangan. Aku masih ingat ketika kita berdua latihan Taekwondo bersama dimana engkau tak mahu menyakitkan kan aku,kau kawal setiap tendangan yang dilepaskan. Aku amat merindui saat bersama teman seperti kau,namun kini kau seorang yang dulu nya seperti ulama namun kini kau meliar melebihi aku. Aku cuma mampu berdoa,moga engkau pulang kejalan yang tidak meliar. Ya kawan jika kau terbaca akan benda ini aku harap kau berubah. Jangan lah kau menjadi TAIKO ikut geng orang yang lain kerana aku pasti kau mahu pulang ke jalan yang lurus suatu hari nanti. Aku mohon maaf kerana aku telah menonjolkan dunia Sosial yang indah dengan wanita arak dan sebagai nya. Pulanglah ke jalan lurus Jalan yang membengkok amat membuang masa kau untuk ke surga. Jangan terlalu lewat untuk pulang kerana kami yang lain ini sentiasa membuka dada untuk memeluk kepulanga kau.

You may on the music *ROCK TIME*

Malas lah nak cerita lebih straight to the point bak kata MAt Sallehi. Gini je la,Dia dah tak cari kawan dia seorang ni ( EL ) dia dah ada genk yang mana mereka fikir mereka kuat. Sampai berani bagi WARNING kat seorang kawan El yang mana tak pernah pun cakap setinggi mereka. Cara kami sekarang adalah mengikut pasang surut air. Jika kehilir tuju nya maka kehilir la kami, Jika kehulu tuju air nya maka kehulu lah kami.. Air kebawah tuu air terjun! best juga kalau mandi kat sekitar air terjun suasana yang tenang fuhH! tak kira Flu or tak kalau dah best macam tuu! memang sanggup ar.


Oh ya! gambar El an new geng ( budak baik ni )




Syok nya time ni. Kami kat sini sentiasa kekal bersama El malas nak letak yang tak berkaitan sekarang ni. Over nya muka El kat situ,mengalahkan perempuan masa Amik gambar. Suka ar depan kamera ni. Kalau boleh nak jadi pengacara kat mana-mana siaran. Boleh la guna baju sponser. Dapat juga kacak-kacak ni. ^^

Oh ya! tengok! semua budak kecik! Kalau gaduh-gaduh dah pasti bakal kalah, So El yang tua berjanggut ni terpaksa cari cara yang baik hindari mereka-mereka ini daripada di sentuh budak-budak rasa Up. El nak habis kan Kopi jap! Eyhh! salah..! Salah! Nak habis kan ayat-ayat kat sini.

Sebelum kita menekan X kat atas tu. Kita bersama-sama menari dengan menggunakan lagu Beautiful by Akon Cherrybelle. Wanita cantik dan Kiut! wahh! Memang betul tu! ehehe!

Selamat tinggal dan Goodnight! lusa dah SPM Tenang kan fikiran kakak dan abang semua. Kalau otak bercelaru fuhH! alamat nya susah nak jawap paper *Bila lah nak habis membaca ni kan?*

Sayōnara!

RAFAEL

Friday, 2 November 2012

Sayur punya pasal

Kon'nichiwa! Ogenkidesuka BLOGGER.... El berharap semua sihat,boleh lah kita semua bertanam,menanam sayur memang best , kena sinaran Ultra Purple -.-' bukan kah kena penyakit kulit? Sayur memang benda best, tapi El fobia dengan sayur ni,sebab pernah sekali El termakan peria. PAHIT PAHIT PAHIT sangat! Benci sangat dengan sayur ni.

Kalau makan daging memang makanan yang El tak dapat nak bosan lar. Tengok El pilih kasih kan? Sayur dengan daging antara yang menyihatkan badan = Sayur.   Asal sayur tak sedap? siapa sokong? Angkat tangan ramai-ramai.
Kalau sedap angkat tangan juga,jadi tak ada perbalahan bahasa Malaysia dekat sini.

Yang sebenar nya bukan itu cerita kita. El seorang yang suka sangat bernyanyi sampai bilik mandi di anggap tempat recording Suara,Siap-siap lompat macam kanggaroo. Sudah lah setiap lagu tu tak pernah habis setiap lagu hanya sesuku sahaja di nyanyi kan,Lupa lirik kohh!

Biar la suara sumbang,janji kita senang dapat juga rasa macam orang kaya ketika dalam bilik mandi. Papa selalu marah-marah sebab berteriak macam orang kena penjara dalam bilik mandi bawa lagu HAND OF BLOOD. Kalau masa mandi bawa lagu jiwang last-last duduk lepas tu nangis o.O' macam budak perempuan!

Jika rupa itu seperti Hulk jangan di sangka kan dalam nya sesasa di luar. Kerana,di dalam itu amat lembut.
Jika rupa itu seperti lembut jangan percaya sangat bahawa dia juga lembut di dalam.

Isshh! nak nyanyi lagu tak hafal,tak nyanyi tak sempurna pula rasa rutin harian ni. Kekadang menari macam Cherrybelle bersama dua orang monyet Iaitu Andy Gawan dan juga Jlana Nana.  Wahh! El memang suka sangat dengan Si Chibi-chibi yang kiut nya mengancam nyawa.

Moga-moga El dapat berjumpa dengan Auryn! Amin. ( terima kasih sebab doa kan El )  Amik kesempatan betul pula,orang syok-syok baca. El betul-betul minat kat dia,bukan sebab dia cantik,tapi dia Kawaii! Wahh! El sekarang kalau amik gambar kadang-kadang buat muka kiut. Kiut la sangat kan? tapi kalau tak caya masuk FB ar. Cari kat FB tengok Timeline Cover yang guna PURPLE tu El.

El asyik Ingat kepada seorang budak nak amik SPM! Moga-moga dia lulus cemerlang sangat. El cuma mampu merindui! Ishh! Ni la akibat mendengar lagu jiwang FIRMAN - KEHILANGAN. Tak kisah kalau sudah di tinggal kan janji El dapat tahu berita dia,sampai mimpi kan dia. Wah! tak sweet kan. -.-"

Bercampur aduk betul benda kat sini, macam semak samun. Arigatō! El rasa lega sekarang Hari ini. Oh ya! El terpaksa ready-ready malam nanti birthday BF ( best Friend ) El. So nak hensem-hensem mana lah tahu? jumpa jodoh kat sana dapat juga rasa macam kisah Cinderela. Kasut sebelah tinggal dan cari siapa empunya kasut lepas tu kaple habis kan cerita kawin. Wah! awesome!

Laa! terbaca post tentang khiamat! ishh! Seram El, apa boleh buat kalau nak jadi kita tak boleh nak kawal lagi.

Ya Tuhan engkau selamatkan mereka yang di timpa kesusahan sekarang di dunia ini,kerana engkau amat berkuasa. Doa ini untuk manusia sedunia yang sedang di landa bencana alam. Amin.

El habiskan kisah ini di sini. ^^  Sayōnara!

Bye semua! ^^ Moga-moga jumpa lagi.

RAFAEL

Thursday, 1 November 2012

Nak berdikari.


Kon'nichiwa! Lama sudah tidak mengupdating Rumah pusaka Blog El nieh!  Apa khabar semua nya? Sihat tak? Moga-moga sihat sentiasa,supaya kekal Kawaii!

Entah benda apa yang hendak di letak di sini hari ni. Cuti tahun ni masih berfikir sama ada nak kerja or tak? Kan bagus goyang kaki.. Tapi,kalau goyang kaki duit tak pandai masuk sendiri,nak la jugak berdikari. Nak show kat orang bahawa El mampu berdikari! Yeah! berdikari la sangat. Nanti masih juga minta duit kat papa.

Nak beli benda/sesuatu yang di beli dari hasil Sendiri. Yeah! Tak sabar nak kerja sebab tak sabar nak berhenti kerja. -.-'  *Yang sebenar tak nak kerja pun El* Ada duit beli ni,beli tu. Wahh! macam lah dah dapat kerja. Apa-apa ja lah.

Ada lah seorang kawan inform KFC ada kosong nak apply kat sana tapi,transport tak do! adoii! moto selalu buat hal, buat Matahari ja dia dengan EL. Sabtu adalah hari terakhir bersama dengan geng-geng pengawas yang lain. Nak datang ke tak? datang ke tak? Kalau datang nak bagi apa kat pengantin? o.O" Ada perkahwinan ke? Eyy! salah! Ada BBQ dengan mereka. Yang kawin tuu kawan yang selalu ikut lepak.

Maklum lah. Budak SPM tahun depan yang kena lulus SEJ dan BM mampus! SEJ bukan senang sangat pun,adoi! Kalau kira-kira MATH lagi la teruk memang tak pernah skor tinggi janji lulus ok ja. ahaha! ASak la SEJ mesti lulus -.-'

Biar lah. Buat yang terbaik kepada bro-bro dan sis-sis yang sedang bersedia mengambil SPM tahun ni. EL harap paper korang senang sangat. *Eclas nieh!* "AMIN"  Aku harap aku tak pengsan masuk sekolah tahun depan yang di iktiraf sebagai budak SPM. o.O'

Dah tua sudah! Tak Kawaii lagi !
Nah! amik posing Jay Parking Sikit.
*Perasan hensem je*
*jan marah eyy?*
RAFAEL

Wednesday, 24 October 2012

Cus we friend forever...

HAWAI....Cómo está todo(apa khabar) ?El guna Spanish kali nieh. Siapa tak kenal Siapa El yang suka merapu ni? kalau tak kenal pergi kat pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malasia. Mi nombre es Rafael Jemat de Malasia! >.<!  El belajar dari Google ni. Google memang cikgu yang the best lah. Harap bahasa El betul. 

El taksub sangat dengan Cherrybelle! Ini Ipop ( Indonesia PoP ) Jika orang tak suka dia orang,suka hati mereka . Janji El minat sangat-sangat kat dia orang. El kenal dia orang dari kazen! Jlana Nana.!
Realmente me gustan mucho! ( El memang minat sangat kat mereka ) Antara mereka sembilan orang El paling minat kat Auryn! Bagi El dia memang kiut! Kiut gegiler! Ishh! Kita minat ja ok? Tak menaruh harapan dapat amik dia ni jadi Isteri. Kita suka dia sebab kita minat. 

El ingat dia orang nieh Geng zaman Sekolah. Rupa nya tak.-.-'' Mereka semua uji bakat untuk jadi Chibi. ishh! El pun nak Buat uji bakat jugak untuk Thesekin BOy. Mpop! ( Malaysia POp ) mana lah tau dapat jadi comel-comel macam Chibi.
Ni lah sembilan orang tersebut.
Cherrybelle


Gambar Ryn ( Auryn )


Tengok kat mata dia,ella los ojos tan atractivas El tak tau apa maksud tu. Tapi apa yang El mau sampaikan Mata dia memang tajam sampai ke hati El. Tapi Makwe El yang El gilakan skank ni lagi ok.

Tapi Ini bukan topic kita.El saja-saja masukkan dia orang dalam Senarai cerita..

El merindui geng Kelas El. Ishh! kalau turun sekolah tak ada benda nak di buat. Buang duit papa jah. Bagus lagi dok dalam rumah dapat tidur. Dan free jah. Boleh online lagi. Tapi,kalau kat rumah memang boring sebab tak ada karenah bersama dengan Dia orang. tak apa lah. Tahun depan masih ada.

Oh! Tahun depan SPM. Sekarang dah takut El. Asal lah masuk Form 5. Habis Form 5, alam pekerjaan! Ishh! Tak suka ar................! Terpaksa terima kenyataan yang El bakal Tua.! Hilang Kiut kat muka El nieh! * menyampah betul *

Antara udang ada galah.
Air laut rasa masin.
Banyak orang banyak karenah,
Tapi tak semua supporting.

Apa punya budak sastra El ni? Pantun pun main Hantam. Kalau ada cikgu baca memang Gagal lah BM El nanti. Tengok ? Dah merapu sana sini. Nanti blog ni masuk topic Tasik China Selatan. El bakal Rindu tahun ni. Sama seperti Tahun-tahun yang lalu, Banyak sangat kenangan yang di buat. Rasa nak menitis kan air mata jah lihat Gambar bersama-sama genk form 1 2 3. Skank form 4 belum masuk form 5 lagi. El dah mula rindu tahun ni.

El habis kan kisah ini. Biar lah tergantung. Kang ternangis El nanti. Hehe! Ngada betul budak laki nieh. Lantak ar. El buat ni sambil lepak tau. Ehehe! Heyy! You all!
Echo mucho de menos a todos! Adiós.....
.
RAFAEL JEMAT.

Tuesday, 23 October 2012

Sentiasa merapu. ^^

Konnichiwa! O genki desu ka? Kebosanan hari ini yang ditemani hujan. Urghh! sejuk seperti dalam ice box. Sampai ke stokin kesejukkan tersebut dan telah menimbulkan idea yang merapu untuk menyapu blog dengan perkataan yang tak penting sangat.

Hujan yang indah,sejuk.. Mengantukkan. Memang sesuai masa untuk tidur. Sebelum tu. Nak naik layar sikit kat sini. Semua apa khabar? sihat tak,berapa kali nak tanya kan.?oO'  Bagus lah kalau sihat. El tak sangka El bakal masuk 17 tahun dalam masa 9 bulan macam tu ar. Maksud nya, Bau SPM dah dekat-dekat dengan El. Kenapa lah makin hari makin meningkat umur ni? Cuba lah kekal muda. El suka zaman kanak-kanak El, yang penuh di lindungi oleh ibu bapa, berbanding dengan sekarang memang lebih bebas ar. Ikut suka hati El saja nak pergi mana.

Itu bukan topic kita. Topik kita mengenai... ROJAK. Sebab,yang kat bawah nanti bakal bercampur aduk. ohh! Rojak memang Yum! Yum! kalau makan masa petang-petang yang ditambahkan dengan suasana pantai sementara menunggu matahari terbenam memang tak habis lah rojak tu. Waktu matahari terbenam memang sangat cantik. Kalah kecantikkan perempuan yang guna make up.

MENCURI/MENUDUH/PANAS BARAN.

El nak kisah kan sedikit akibat mencuri bawah umur & selalu mencuri. Seorang kawan anak buah EL di pukul agak teruk sampai keluar darah semalam. Kesian tau,12 tahun umur dia. Nama dia tak perlu tahu eyy? Bukan artis pun. Dia selalu buat kerja part time, seperti MENCURI.

Macam-macam dah barang dia sapu,El tahu dan puas dah El tegur tapi terpulang kat individu nak dengar ke tak? kan.. Semalam, dia telah di tuduh mencuri HP kawan El,HP kawan El hilang dan dia memang selalu pergi ke rumah jiran Sebelah rumah kawan EL.

Seorang mak cik telah MENUDUH kawan anak buah El tersebut. Mak cik tersebut berkata bahawa dia melihat Si budak 12 tahun tu mengambil HP tersebut. Tapi kan? Budak ni agak lurus, kalau dia mencuri kompom dia bagitahu kat El apa benda yang dia curi.

Memang.. Dia memang lurus,dalam ramai-ramai orang , dia agak takut dengan EL. Siapa lah yang mahu makan terajang El nieh yang sepak semut pun tak mati. Oh ya.! Dia di pukul kuat dengan Kawan El yang memang PANAS BARAN.

Luka teruk budak tu di buat nya. El sampai kat tempat kejadian memang terlewat sebab? Si budak 12 tahun dah kena dengan Helmet kawan El. Ganas kan cerita nih? Budak tu dah di bawa ke klinik siang tadi. Dan dah di jahit luka-luka kat kepala dia.

Pesan El.Tak kira lah kamu siapa,jaga area mana,orang mana,sekuat Hulk ke? Kita kena sabar. Bertanya dahulu,jangan terburu-buru.

Kalau Si budak 12 tahun tuu tak mencuri macam mana? kan free ja dia kena Tibai kau semalam? aku tak support budak tu. Aku tak backup dia. Sebab dia memang mencuri. Tapi hp kau tu? pasti ke dia yang curi? dia mana lah ada Hp? Kalau dia curi hp tu. Pasti dia dah pulang kan balik Hp tu masa kau tibai dia semalam.

Sakit nya hati El semalam lihat dia orang main tumbuk-tumbuk. Kalau lah budak tu mati semalam dan jadi kes polis El juga jadi mangsa untuk jadi saksi tempat kejadian. Ishh! tak tahu nak buat apa kan? baik dok dalam rumah dan makan Mr.potato. Kalau keluar masuk mahkamah kerana jadi saksi,memang menyusahkan. Sorry! El tak ada masa. Ahaha! masa El kena curi dengan genk-genk kat FB. O-O

 Haaa! jangan lah terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kalau sim tu,kita boleh amik balik No Hp kita tu kat central mereka. Toksah naik binggung eyy? Jumm! Kita minum Milo dulu!


     El rindu kat seseorang. Moga dia balas rindu EL. ^^  Poke El kat FB eyy? untuk bukti kan yang Saudari Rindu kat EL.

Sebelum El undur diri . El nak bagitau semua. Bye! makasihh ya? sudah membaca. ^^ Sayōnara....